fb fb fb fb fb

Hanya syarikat pembinaan miliki sijil ABMS ISO dibenarkan bida

Foto BERNAMA

BANGI, 26 September- Syarikat pembinaan yang memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS ISO) sahaja akan dibenarkan membida kontrak kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan, syarat itu akan berkuatkuasa pada tahun 2026.

Ia bagi syarikat pembinaan Kelas G7 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk membida kontrak kerajaan.

"Buat masa ini masih dibenarkan. Tetapi selepas dua tahun, syarikat yang terlibat dalam sektor pembinaan perlu mempunyai sijil ABMS. Jika tiada, berkemungkinan mereka tidak boleh terlibat dalam tender di bawah Kementerian Kewangan. Itu syaratnya. Jadi mereka perlu melengkapkan sijil ISO 37001 berkenaan." katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti Dan Anti Rasuah Ke-3 di sini.

ABMS ISO bertujuan mewujudkan rangka kerja untuk mencegah, mengesan serta menyiasat kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Ia merangkumi pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkaitan termasuk komitmen membanteras gejala rasuah.

Trainee