fb fb fb fb fb

Hanya 9 inap desa di Negeri Sembilan berdaftar dengan MOTAC

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon/ BERNAMA

SEREMBAN, 10 Disember - ‎Hanya sembilan buah inap desa di Negeri Sembilan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, kerajaan negeri memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memperkasa sektor pelancongan dalam komuniti di negeri tersebut.

"Bagi memberi lebih pilihan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa serta meningkatkan pendapatan pengusaha homestay Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan pakej pelancongan bersepadu yang menggabungkan penginapan homestay dengan aktiviti eco pelancongan pengalaman komuniti dan juga warisan budaya", katanya.

‎Beliau berkata demikian pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang ke-15 Pertanyaan Lisan (Hari Keempat), di sini, hari ini.

Nicole berkata, pengusaha inap desa turut diberikan latihan dan bimbingan bagi meningkatkan merangkumi perkhidmatan, pengurusan operasi serta pengalaman tetamu secara profesional.

ROSLINA BINTI DIN