KUALA LUMPUR, 29 Februari- Hampir 85% pengguna domestik di semenanjung tidak terjejas dengan kenaikan dua mata percukaian kepada lapan peratus yang akan berkuatkuasa mulai esok.
Namun, kira-kira 15.7 peratus pengguna kategori perumahan menggunakan elektrik melebihi 600kWj akan mengalami kenaikan bil bulanan di antara RM0.01 hingga RM45.48 sebulan.
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) dalam satu kenyataan berkata, pengguna disaran untuk merujuk bil elektrik bulanan masing-masing bagi memantau penggunaan elektrik dan subsidi yang diberikan.
"Pengguna juga boleh menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang dengan menggunakan kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui laman sesawang myelectricitybill.my.
"Para pengguna turut digalakkan mengamalkan penggunaan elektrik secara berhemah melalui penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga," kata kenyataan itu.
Program Net Energy Metering (NEM) GoMEn dan NEM NOVA merupakan langkah yang boleh dimanfaatkan bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.