fb fb fb fb fb

Hampir 6,700 penduduk terjejas banjir di Johor, Pahang

Keadaan banjir di Johor

JOHOR, 8 Januari- Angka penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor seramai 5,618 orang daripada 1,667 keluarga, setakat pukul 7.00 pagi tadi. 

Menurut laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ia melibatkan 48 PPS yang beroperasi di lima daerah negeri itu. 

Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling terjejas dengan 3,146 penduduk tertjejas banjir masih berlindung di 24 PPS.

Di Johor Bahru merekodkan 1,421 penduduk terjejas banjir, Kluang (928), Kulai (86), Pontian (17) dan Segamat (20). 

Sementara itu di Pahang pula melibatkan 1,042 penduduk terjejas banjir daripada 271 keluarga dan ditempatkan di 24 PPS.

Ia melibatkan tiga daerah di negeri itu iaitu Maran (440), Rompin (378) dan Maran (224).

Bagi kes kejadian tanah runtuh di Terengganu, hanya enam individu masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Taman Perumahan Wakaf Tengah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI