fb fb fb fb fb

Hamidin terbuka kepada kritikan

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 April - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.

Jelas beliau, FAM sentiasa terbuka jika ada mana-mana individu mahu bertanding untuk menerajui badan induk bola sepak negara itu.

Jumaat lepas, Khairy berkata bahawa sudah tiba masanya untuk peralihan dilakukan dalam FAM demi kemajuan bola sepak negara secara menyeluruh.

“Itu pandangan peribadi beliau (khairy), apa pun kita buat, tidak boleh lari daripada statut atau perlembagaan, sesiapa boleh bertanding, tiada masalah. Saya terbuka dan FAM pun terbuka jika sesiapa mahu nak bertanding jawatan perlu mengikut peraturan", kata Hamidin di sini.

Sebelum ini, FAM menerima turut menerima kritikan menerusi ‘surat layang’ yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan badan induk itu, selain prestasi tidak memuaskan skuad kebangsaan dan B-23 baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak supaya menunggu keputusan siasatan daripada pihak berkuasa mengenai dakwaan ‘surat layang’ tersebut.

Dalam perkembangan Skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Hamidin berkata sedang menunggu laporan daripada ketua jurulatih,Juan Torres Garrido dan Pengarah Teknikal Scott O'Donell mengenai prestasi hambar skuad Harimau Muda di Piala Asia B-23, yang juga merupakan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya tengah menunggu laporan Scoot Donnel dengan Ketua jurulatih, Juan Torres dan dalam minggu ini.

"Selepas itu saya akan melihat dan adakan mesyuarat secepat mungkin untuk persembahan secara keseluruhan Skuad B-23 di Piala Asia", ujar Hamidin

Skuad Harimau Muda gagal melangkah ke suku akhir selepas tewas kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan kepada Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD