(Bas yang telaş diubahsuai akan membawa jemaah haji yang masih
mendapatkan rawatan melaksanakan wukuf)
MEKAH, 26 Jun- Jemaah haji seluruh dunia termasuk Malaysia akan memulakan perjalanan menuju ke Arafah hari ini, bagi melaksanakan rukun Haji iaitu berwuquf di Arafah.
Bagi jemaah haji yang masih mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji Mekah, mereka tetap akan dibawa menyempurnakan Wuquf, melalui inisiatif TH di dalam program Safari Wuquf.
Pengarah Operasi Bahagian Perubatan, Dr Amin Sah Ahmad berkata, sebanyak enam buah bas digunakan untuk menjayakan Safari Wuquf, dengan membawa pesakit terlantar dan berisiko, pada 9 zulhijjah, esok.
(Pengarah Operasi Bahagian Perubatan TH, Dr Amin Sah Ahmad)
"Setiap pesakit ini akan disiapkan pada malam sebelum berwuquf, khususnya yang memerliukan rawatan oksigen, kami akan bawa ke aras bawah untuk sediakannya Kemudian sekitar 3.00 pagi sebelum waktu Subuh, kami siapkan pesakit ini untuk memakail ihram, mandi bersihkan diri dan sebagainya", katanya.
Bas tersebut telaş diubahsuai dengan meletakkan tilam, bagi membolehkan pesakit yang tertentu, berbaring selain peralatan perubatan.
Setiap bas juga akan mempunyai koordinator, khatib dan bilal selain petugas perubatan.
Beberapa unit ambulans akan mengiringi bas-bas tersebut, sekiranya berlaku kecemasan pesakit akan dihantar terus ke Hospital Arab Saudi.
Sehingga semalam, 84 pesakit yang masih mendapatkan rawatan di pusat rawatan TH Mekah, bakal menaiki Safari Wuquf.
Manakala seramai tujuh pesakit masih mendapatkan rawatan di hospital Arab saudi dengan tiga daripanya, koma.