Hadiah lumayan menanti pemenang Pertandingan “Iman & Sains”

Foto MWL

KUALA LUMPUR, 26 Februari Hadiah wang tunai RM1,000 setiap hari, selain pakej Umrah mingguan menanti pemenang pertandingan khas bertajuk “Iman & Sains” sepanjang Ramadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hadiah wang tunai RM1,000 diberikan setiap hari sepanjang pertandingan.
  • Pemenang diumumkan secara langsung setiap hari pada pukul 10.00 pagi untuk ketelusan.
  • Hadiah mingguan termasuk pakej Umrah disediakan oleh Muslim World League.
  • Pertandingan menggabungkan pendidikan agama dan sains berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Hadiah pertandingan yang disiarkan secara langsung setiap hari melalui Facebook “Iman & Sains – Malaysia” itu adalah tajaan Liga Dunia Muslim (MWL).

Pertandingan itu menggabungkan elemen pendidikan agama dan ilmu sains, dengan menampilkan pengisian berkaitan tanda-tanda kebesaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah dalam bentuk yang mudah difahami.

Nama pemenang diumumkan secara langsung setiap hari pada pukul 10.00 pagi bagi memastikan ketelusan dan interaksi bersama penonton.

Program ini merupakan kesinambungan rancangan televisyen “Iman & Sains” yang pernah disiarkan di Bernama TV dan TV AlHijrah, yang sebelum ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat.

Inisiatif ini mencerminkan usaha MWL dalam menyuntik semangat Ramadan melalui pendekatan ilmu, pertandingan sihat dan ganjaran bermakna, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendalami ilmu serta merebut peluang menunaikan Umrah.