fb fb fb fb fb

Had laju kenderaan kekal 110km/j - Loke

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Had laju kenderaan di dalam negara ini masih dikekalkan 110 kilometer per jam (km/j).

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, buat masa ini, tiada cadangan untuk meningkatkan had laju di lebuh raya di seluruh negara.

"Buat masa ini, Kementerian Pengangkutan dan pihak kerajaan secara amnya belum bercadang untuk meningkatkan had laju dan masih ditetapkan kekal 110km/j.

"Untuk makluman, bidang kuasa untuk menetapkan had laju ini bukannya di bawah Kementerian Pengangkutan, tetapi ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya," katanya bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di Dewan Rakyat di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM