fb fb fb fb fb

Guna bungkusan teh seludup dadah taktik terbaru penyeludup

KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Paket dibungkus dalam bungkusan teh China sebelum dimasukkan ke dalam guni merupakan modus operandi terbaharu penyeludup dadah yang menggunakan jalan laut di perairan pantai Terengganu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata 17 paket berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 18.7 kilogram itu ditemui di tepi pantai Rhu Kubur, Jambu Bongkok Marang.

"Rampasan dibuat hasil penemuan orang awam selepas terserempak tiga suspek sedang mengangkat guni dalam keadaan tergesa-gesa sebelum melarikan diri.

"Sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah melalui pesisir pantai Terengganu untuk dijadikan transit itu dipercayai adalah yang pertama di negeri ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Polis percaya operasi besar-besaran termasuk Op Benteng, telah mendorong suspek mengubah modus operandi mereka.

Media Baharu