KAKI BUKIT, 14 Februari - Gua Kelam Chalet merupakan destinasi pelancongan baharu di Negeri Perlis yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kemudahan penginapan yang selesa, menawarkan pengalaman unik kepada para pengunjung.
Pengasas Gua Kelam Chalet Lim Poh Leng memaklumkan, chalet itu direka khas bagi menawarkan pengalaman luar biasa kepada pengunjung sambil memastikan kelestarian ekosistemnya terus terpelihara selaras usaha menjadikan Perlis sebuah destinasi pelancongan menarik dan mesra alam.
"Antara kemudahan yang disediakan termasuklah wifi percuma, kolam renang, permainan ping pong, berbasikal, memanah, tempat letak kenderaan yang luas serta beberapa kemudahan yang lain lagi," kata Lim Poh Leng.
Beliau memaklumkannya pada Majlis Perasmian Gua Kelam Chalet di Pekan Kaki Bukit, yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Pada masa sama, Gua Kelam Resort Sdn Bhd turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diterima oleh Setiausaha Kehormatnya, Datuk Johari Mohd Darus.