GSEEP UUM santuni 100 keluarga kurang berkemampuan di Padang Terap

Foto UUM

PEDU, 17 Mac -Sebanyak 100 keluarga kurang berkemampuan di daerah Padang Terap menerima sumbangan Aidilfitri daripada Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Universiti Utara Malaysia (UUM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan barangan keperluan harian disampaikan oleh Pengarah GSEEP UUM, Profesor Madya Dr Kamarul Azman Khamis.
  • Bantuan menyasarkan penoreh getah, pesawah terjejas cuaca panas, serta golongan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim.
  • Program turut digunakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar mengenai kepentingan pendidikan.
  • Matlamatnya memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna supaya kehidupan keluarga mereka bertambah baik.

Sumbangan berupa barangan keperluan harian disampaikan oleh Pengarah GSEEP UUM, Profesor Madya Dr Kamarul Azman Khamis di Kampung Lubuk Merbau, Pedu.

“Selain penoreh getah dan pesawah yang terkesan dengan keadaan cuaca panas ketika ini; golongan asnaf, ibu tunggal, dan anak yatim turut menerima sumbangan tersebut,” kata Profesor Madya Dr Kamarul menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, selain sumbangan, peluang tersebut digunakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat luar bandar berkaitan kepentingan pendidikan.

Ia bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna sekali gus mengubah kehidupan mereka ke tahap lebih baik.