fb fb fb fb fb

Glamping tarikan baharu Pulau Besar

 



PULAU BESAR, 29 Januari- Glamping atau ‘glamorous camping’ bakal menjadi tarikan terbaru di Pulau Besar, Melaka.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, aktiviti itu sebagai langkah usaha menarik kedatangan pelancong ke salah sebuah destinasi eko pelancongan Melaka.

Menurut beliau, usaha pembersihan tapak glamping yang berkeluasan 200 meter di sepanjang persisiran pantai Pulau Besar sudah dilaksana Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka (MPPM).

Selepas ini, pihaknya akan memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk pembangunan infrastruktur asas seperti tandas awam dan surau di tapak berkenaan.

Tapak glamping itu bakal dibuka kepada orang awam pada Jun depan apabila sudah lengkap segala kemudahan asas.

"Kita mungkin akan bekerjasama dgn Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka, kerajaan negeri dan UPEN utk mengadakan tapak pertama glamping eco tourism di penghujung persisiran pantai yang dimiliki dan dikelolakan oleh Majlis Pulau-Pulau Negeri Melaka," kata Muhammad Jailani.

Apa yang diharapkan pihaknya, pengunjung dapat menjaga kebersihan sekaligus terus mengekalkan keindahan pulau berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Pulau Besar New Year Challenge 2022.

Program disertai 120 peserta daripada 60 pasukan yang perlu melengkapkan empat disiplin perlumbaan iaitu berlari, menunggang basikal lasak, ‘wall climbing’ dan meneroka sekitar Pulau Besar serta Pulau Burung.

Media Baharu