fb fb fb fb fb

GISB: Jawatankuasa Khas siasatan ditubuh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 13 September- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membawa isu berkaitan GISB kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskan dalam perkara-perkara berkaitan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan GISB Holding bagi membanteras hingga ke akar umbi fahaman dan ajaran menyeleweng.

Jawatankuasa Khas itu  diletakkan di bawah seliaan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjalankan fungsi membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI.

Sementara itu, bantuan rumah perlindungan, khidmat runding cara dan kaunseling akan diberikan kepada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam Op Global lalu.

Beliau turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan isu-isu berkaitan akidah umat Islam dan menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan reman seramai 171 individu dalam Op Global bagi tujuan siasatan.

ROSLINA BINTI DIN