fb fb fb fb fb

GiatMARA Perlis semarak Hari Sukan Negara

(Sekitar kemeriahan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Giat di Perlis Bowl)

KANGAR, 7 Oktober- Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara yang bermula hari ini, pelbagai program ke arah membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dilaksanakan di Perlis.

Ini termasuklah GiatMARA Negeri yang turut tidak ketinggalan menjayakannya menerusi Pertandingan Boling antara kakitangan dan senamrobik serta larian santai bersama pelatih dengan keseluruhan seramai 160 peserta menyertainya.

Menurut Pengerusi Sambutan Hari Sukan Negara GiatMARA Negeri, Masfi Ismail, pelaksanaan program ini bagi merealisasikan hasrat dan inspirasi membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat khususnya dikalangan warga kerja dan pelatih GiatMARA.

Beliau ditemui media pada Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Giat di Perlis Bowl, Kangar melibatkan penyertaan seramai 38 kakitangan ketiga-tiga GiatMARA iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar dirasmikan Pengarah GiatMARA Negeri, Harun Radzi.

Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri akan berlangsung esok di Dataran Dato Sheikh Ahmad oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah Berjalan Santai 5 Kilometer, aerobikton, demonstrasi seni mempertahankan diri dan pelbagai aktiviti sukan lain.


(Pengerusi Sambutan Hari Sukan Negara GiatMARA Negeri, Masfi Is
mail)

Media Baharu