fb fb fb fb fb

Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran barat yang kuat, gerakan itu perlu menumpukan pengisian daripada sudut peningkatan kefahaman mendalam.

“Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan, menjadikan ia tanggungjawab lebih berat.

"Kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat,” kata Anwar menerusi Facebooknya.

Perkara itu disampaikan beliau pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Putrajaya, malam tadi.

Anwar turut merakamkan penghargaan di atas kehadiran senior aktivis sezaman dengannya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia pada majlis itu.

Majlis tersebut turut dihadiri isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

SITI AISHAH BINTI MD ISA