PETALING JAYA, 4 Disember- Gempa bumi berukuran 5.4 pada Magnitud dikesan berlaku di Mindanao pada pukul 9.07 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 61 kilometer (km) Timur dari Bislig, Filipina dengan kedalaman 84km.
Penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.