
KUALA LUMPUR, 20 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud dilaporkan berlaku di Kepulauan South Shetland pada pukul 8.22 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 61.1 darjah selatan dan 56.6 darjah barat, kedalaman 10 km.
- Gempa terletak 2,449 km di selatan Puerto Montt, Chile.
- MET Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 61.1 darjah selatan dan 56.6 darjah barat dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Gempa bumi tersebut berada pada jarak 2,449 km selatan dari Puerto Montt,Chile.
MET Malaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu.