fb fb fb fb fb

Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jawa, Indonesia

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 April - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Kepulauan Jawa, Indonesia pada pukul 12.29 tengah malam tadi.

Pusat gempa itu terletak di 8.2 darjah selatan dan 107.2 darjah timur iaitu 147 kilometer (km) selatan dari Sukabumi, dengan kedalaman 70km.

"Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu di sini.

TETITIA YUSOFF