fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera

FOTO FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Satu gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 8.45 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa tersebut berukuran magnitud 5.1 pada skala Richter dengan kedalaman 39 kilometer.

Kejadian berpusat di koordinat 3.1 darjah Utara dan 97.2 darjah Timur, iaitu kira-kira 147 kilometer ke Timur dari Simeulue, Indonesia.

"MET Malaysia mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

"Pihak jabatan akan terus memantau situasi dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut MET Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE