KUALA LUMPUR, 16 April- Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud melanda tenggara Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 6.38 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa dengan kedalaman 70 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 269km tenggara dari Kagoshima, Jepun.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.