Gempa bumi sederhana 5.0 magnitud landa Sumba, Indonesia

MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.0 melanda rantau Sumba, Indonesia pada 5.45 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa dicatat pada koordinat 9.8 darjah selatan dan 120.4 darjah timur.
  • Kedalaman gempa dianggarkan 39 kilometer.
  • Lokasi kejadian terletak 236 km tenggara daripada Bima, Indonesia.
  • MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 9.8 darjah selatan dan 120.4 darjah timur dengan kedalaman 39 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 236 km tenggara dari Bima, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berkenaan.