fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa Guatemala

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud melanda Guatemala pada pukul 10.53 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gempa dengan kedalaman 274 kilometer (km) itu berlaku di 1,014 km tenggara dari Puebla, Mexico.

Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

SITI AISHAH MD ISA