fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat 6.3 magnitud landa Jepun

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 17 April- Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 melanda Shikoku, Jepun pada pukul 10.14 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan pusat gempa itu terletak di 33.2 darjah utara dan 132.4 darjah timur iaitu 73 kilometer (km) timur dari Oita, Jepun dengan kedalaman 46km.

"Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut METMalaysia dalam satu kenyataan malam ini.

SITI AISHAH MD ISA