KUALA LUMPUR, 24 Julai- Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 8.43 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gempa dengan kedalaman 169 kilometer (km) itu berlaku di 382km tenggara dari Ambon, Indonesia.
Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Terdahulu, negara itu turut dilanda dua gempa bumi sederhana pada petang dan pagi tadi.
Ia melanda barat Papua dengan kekuatan 5.1 magnitud pada pukul 8.22 pagi, manakala rantau Timor dilanda gempa bumi 5.4 magnitud, pukul 4.08 petang.
Kedua-dua gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.