fb fb fb fb fb

Gara-gara salah faham, seorang wanita ditikam

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Seorang wanita tempatan mengalami kecederaan selepas ditikam oleh rakan kakaknya dalam insiden di Batang Kali, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata kes berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Mangsa yang cedera di perut dan beberapa anggota badan lain telah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

"Suspek bertindak menikam mangsa di bahagian perut menggunakan sebilah pisau berukuran 26.5 sentimeter.

"Mangsa mengalami luka koyakan di perut, cedera di bahu, cedera di tangan kiri dan tangan kanan, serta cedera di bahagian kepala.

"Seorang suspek wanita berusia 31 tahun telah ditahan di sekitar kawasan kejadian," kata Ahmad Faizal menerusi kenyataan.

Pihaknya mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan akan ditahan reman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM