fb fb fb fb fb

Foto tanah mendap di Kampung Attap adalah kejadian lama

Foto FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Gambar kes tanah mendap di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap yang tular hari ini merupakan gambar lama.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak sahih kerana ianya boleh menimbulkan kegelisahan awam," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu hantaran di laman media sosial Facebook ‘Motoqar’ yang memaparkan sekeping gambar jalan mendap dengan kehadiran beberapa anggota dipercayai daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan turut memaklumkan sememangnya ada berlaku kes tanah mendap di Kampung Attap dua hari lepas.

"Tanah mendap ada berlaku dua hari lepas di Kampung Attap tapi tidak dilaporkan kepada bomba," menurutnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM