fb fb fb fb fb

Galak variasi menu berasaskan buah, FAMA Perlis agih 300 pek bubur jagung

FAMA Perlis edar 300 pek bubur jagung kepada orang ramai

KANGAR, 15 Mac - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis telah mengagihkan sebanyak 300 pek bubur jagung sebagai usaha menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan dengan variasi menu dan kaedah.

Ia juga untuk menjayakan kempen 'Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan' kepada pengunjung Bazar Ramadan FAMA di Dataran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), di sini.

Menurut Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan dalam kenyataannya hingga kini FAMA Perlis telah melaksanakan sebanyak enam kali kempen lebihkan makan buah-buahan tempatan.

Ini termasuklah kempen bersama-sama Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Program Kayuhan Sentuhan Kasih FAMA di Agrobazaar Rakyat Nesam, Kempen Sempena Pesta Angin Timur, Sambutan Hari Wanita dan Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (EKS PERBAH).

Bazaar Ramadan Dataran MAIPs  adalah salah satu daripada tiga lokasi Bazaar Ramadan FAMA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar dan MAIPs dapat memberikan manfaat dan peluang perniagaan kepada 35 usahawan.

Agihan bubur jagung dilakukanTimbalan Pengarah Pembangunan, Mohd Fakrul Hayat Abdullah dan Timbalan Pengarah Operasi FAMA Negeri Perlis, Syamsul Hamri Muhammat Saleh yang turut disertai Exco Negeri, Izizam Ibrahim.

TETITIA YUSOFF