fb fb fb fb fb

Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM akan diselaras semula - Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 3 Januari - Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi, akan diselaras semula.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia perlu dilakukan agar menepati objektif yang ingin dicapai Kerajaan MADANI meskipun proses itu dijangka mengambil tempoh.

"Saya sudah mula untuk meneliti semula fungsi J-KOM, oleh kerana tempoh masih terlalu awal untuk membuat apa-apa pengumuman memang kita lihat perlu ada penyesuaian beberapa fungsi dan tugas selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk dilaksanakan oleh agensi termasuk J-KOM," katanya pada sidang media di kementeriannya, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas syor Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi agar jabatan itu dirombak dan dipimpin oleh individu yang kompeten.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN