fb fb fb fb fb

Fosil karang purba dalam proses pemetaan oleh JMG

Fosil karang purba pelbagai spesis berusia 300 juta tahun ditemukan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan Kampung Changkat Tualang, Kampar / FOTO BERNAMA

KAMPAR, 22 Januari - Kerja-kerja pemetaan terhadap penemuan fosil karang purba pelbagai spesies yang dianggarkan berusia sekitar 300 juta tahun di Kampung Changkat Tualang, di sini sedang dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak.

Menurut Pengarahnya, Nizarulikram Abdul Rahim, pihaknya turut melakukan kajian terhadap sampel fosil yang wujud di kawasan berkenaan.

Jelas Nizarulikram, berdasarkan dapatan kajian tersebut, pihaknya akan mencadangkan kawasan tersebut dijadikan sebagai sebahagian lokasi Geotapak, Geopark Lembah Kinta.

"Kita akan akan membuat pemetaan dan buat kajian terhadap sampel fodil yang terdapat di sini.

"Selepas itu, kita akan mencadangkan kawasan ini sebagai salah satu daripada tambahan Geopark , tapak sedia ada yang berada dalam Lembah Kinta", katanya demikian kepada pemberita selepas meninjau tapak penemuan fosil berkenaan di Kampung Changkat Tualang, di sini.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan penyelidik Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT) menjumpai fosil karang purba pelbagai spesies dianggarkan berusia 300 juta tahun.

Fosil yang terdiri daripada beberapa jenis hidupan purba spesies siput laut yang sudah lama pupus itu ditemukan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan Kampung Changkat Tualang, Kampar

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD