fb fb fb fb fb

FINAS dan PERKESO akan meterai MoU, jamin aspek keselamatan pekerja industri seni

Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada 50 penggiat seni pada Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Seniman 2024

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi memastikan aspek keselamatan pekerja dalam industri seni terjamin.

Aspek keselamatan sosial sering kali tidak dibincangkan, justeru dengan adanya MoU berkenaan keselamatan para seniman dan penggiat industri akan lebih terjamin.

"Bagi menjamin keselamatan sosial para seniman dan juga mereka yang terlibat dalam aktiviti penggambaran, ini adalah langkah positif yang kita harap akan dapat membantu memastikan sekiranya apa-apa berlaku, nauzubillah kepada artis dan kru maka setidak-tidaknya ada beberapa perkara asas yg dapat dibantu,"katanya.

MoU yang bakal dimeterai itu akan memanfaatkan hampir 5,000 penggiat industri.

Fahmi berkata ketika menghadiri Majlis Iftar Ramadan sempena sambutan Hari Seniman 2024, anjuran FINAS di Studio Sound Stage, Kompleks Studio Merdeka, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Fahmi turut menyerahkan sumbangan kepada 50 penggiat industri seni tanah air.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE