fb fb fb fb fb

Festival Lentera: Sisiran Tasik Putrajaya 2024 sehingga esok

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 2 Mac- Festival Lentera: Sisiran Tasik Putrajaya 2024 yang bertemakan "tradisi dan cahaya" akan melabuhkan tirainya, esok.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata festival pencahayaan edisi khas itu bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dan Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang ke-28.

"Ini kali ke-13 dan konsepnya sedikit berbeza pada kali ini perbandingan dengan yang sebelum ini. Sebelum ini kita pancaran cahaya lampu pada bangunan di Putrajaya tetapi pada kali ini, kita ambil tema tradisi. Pencahayaan dan tradisi. Sebab itu kita tengok ada taman-taman tema yang berkonsepkan tradisi Melayu, Cina, India," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertunjukan pencahayaan 'Grand Light Symphony' dan 'Musical Fountain' di Anjung Floria di sini.

PPj menyasarkan kehadiran 1.5 juta pengunjung sepanjang sembilan hari penganjuran festival pencahayaan tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM