fb fb fb fb fb

FELCRA raih peningkatan luar biasa, untung meningkat 154%

Ahmad Zahid Hamidi / Foto BERNAMA

HULU TERENGGANU, 8 Mac- Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) Berhad, mencatat peningkatan perolehan luar biasa pada 2024, dengan keuntungannya meningkat 154 peratus atau RM116 juta melebihi tahun sebelumnya. 

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Keuntungan boleh agih 2024 pula adalah sebanyak RM192.5 juta. Pembayarannya mula dibuat secara berperingkat-peringkat oleh pengurusan FELCRA. Pembayaran ini akan memberi manfaat kepada lebih 68,300 peserta FELCRA.

"Keuntungan ini melibatkan 583 projek FELCRA di seluruh negara," katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan 2025 iftar di Kampung Kuala Akob, Kuala Berang di sini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata menerusi peningkatan itu purata pendapatan bersih setahun seorang peserta meningkat kepada 4,420 per hektar. 

Kejayaan itu didorong beberapa faktor termasuk peningkatan hasil ladang kelapa sawit, program penyatuan dan pemulihan yang mencatatkan 9.24 peratus atau 144 tan per hektar. 

Strategi penjimatan kos pengurangan turut menjadi penyumbang, dengan pengurangan kos lebih 401 per hektar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM