fb fb fb fb fb

FCoEE lonjak kecemerlangan pelajar dalam STEM

(FOTO FCoEE)

KANGAR, 30 Julai- Seramai 450 pelajar sekolah menengah seluruh Perlis terpilih menyertai Program Kecemerlangan Matematik yang dilaksanakan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

Program tersebut diadakan dengan tujuan untuk mengukuhkan asas pembelajaran menengah rendah bagi melonjakkan pencapaian menengah atas serta memberi pemerhatian awal kepada pelajar Tingkatan 4 sebelum memasuki tahun peperiksaan supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.

Menurut Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE), Datuk Profesor Emeritus Dr Kamarudin Hussin, pembelajaran melalui aktiviti modul dengan lima topik penting iaitu Statistik dan Kebarangkalian, Perkaitan dan Algebra, Matematik Diskret, Sukatan dan Geometri, Nombor dan Operasi

"Program ini melibatkan 50 orang guru yang bertindak sebagai fasilitator dan panel manakala 20 orang panel terdiri mereka yang pakar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)telah bersama-sama membina modul latihan untuk pelajar."

Selain itu, pelajar-pelajar dibimbing oleh 30 orang pelajar cemerlang dalam bidang STEM daripada enam buah sekolah sebagai mentor yang turut memberi peluang kepada pelajar untuk bertukar fikiran dan mengenali rakan-rakan sekolah lain.

Bagi fasa pertama, subjek matematik menjadi pilihan sebelum diteruskan dengan fasa kedua melibatkan subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penutupan Program Kecemerlangan Matematik Negeri Perlis di Kangar.

Pelajar yang mengikuti program ini ditaja sepenuhnya oleh Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.


(Pengerusi FCoEE, Datuk Profesor Emeritus Dr Kamarudin Hussin / FOTO FCoEE)

Media Baharu