fb fb fb fb fb

Fasa kedua PADU akan dibuka, rujukan utama dalam pembentukan program intervensi kerajaan

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Julai  Kerajaan akan membuka semula sistem pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di bawah fasa kedua.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ia bagi membolehkan mana-mana individu yang belum mendaftar dapat mengemas kini maklumat masing-masing mengikut tempoh yang akan ditetapkan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Rafizi turut memaklumkan data PADU akan menjadi rujukan utama dalam pembentukan program intervensi kerajaan dan pengenalpastian kumpulan penerima bantuan.

"Matlamat kerajaan menerusi penggunaan PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber terutama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan lebih bersasar," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata sehingga tamat tempoh pendaftaran PADU fasa satu pada Mac lalu, sebanyak 10,544,016 individu sudah mengemaskini maklumat dalam sistem tersebut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN