fb fb fb fb fb

FAMA sasar hantar 300 tan metrik ayam ke Sabah

Pelepasan penghantaran pertama ayam proses ke pasaran Sabah

AYER KEROH, 2 Oktober- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan 300 tan metrik ayam proses untuk dihantar ke Sabah dalam tempoh setahun.

Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata, ia melibatkan anggaran pembelian sebanyak RM3 juta ringgit.

Penghantaran itu dilaksana selepas pindaan terhadap Akta 141 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 yang membolehkan FAMA mengurus pemasaran produk ternakan.

"Apa yang diusahakan oleh FAMA ini akan memberi kemudahan ataupun alternatif kepada pengguna di Sabah yang selama hari ini pembekalan banyak bergantung kepada import daripada luar negara.

"Jadi kerjasama antara FAMA dan pemain industri adalah permulaan untuk menjalinkan kerjasama lebih baik antara pengusaha-pengusaha atau penternak ayam di semenanjung dengan permintaan ataupun keperluan ayam di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelepasan penghantaran pertama ayam proses ke pasaran Sabah, di sini.

Siri pertama penghantaran itu melibatkan sebanyak 12 tan metrik ayam proses bernilai RM110,000.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI