PETALING JAYA, 19 Jun- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA Selangor hari ini menganjurkan Program Ibadah Korban Usahawan Pasar Tani Selangor di tapak pasar tani Kelana Jaya.
Sebanyak dua ekor lembu dan tiga ekor kambing telah dikorbankan bermula pukul 7.30 pagi tadi.
Menurut Pengarah FAMA Negeri Selangor, Aiada Abd Rashid, program ini merupakan acara tahunan FAMA yang dilaksanakan secara gotong-royong antara usahawan pasar tani dan juga kakitangan FAMA.
"Kita dapat sumbangan daripada pihak kerajaan negeri Selangor dan insya-Allah ibadat korban ini akan diteruskan pada tahun akan datang dan sebenarnya tujuan utama kami selain untuk ibadah korban itu sendiri pada masa sama mengeratkan hubungan silaturahim kerjasama erat antara peserta ataupun usahawan pasar tani dan juga pihak FAMA,"katanya.
Beliau berkata, seramai 14 orang asnaf turut menerima daging korban pada kali ini.
Malah, penyediaan makanan secara rewang turut dilaksanakan pada program tersebut.