fb fb fb fb fb

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Adda

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kakitangan Kementerian Komunikasi, Allahyarham Rabiatul Adawiyah Abd Jalil, 34, yang meninggal dunia, pagi tadi.

Fahmi berkata, pemergian Rabiatul Adawiyah atau lebih mesra dipanggil Adda yang sebelum ini menderita penyakit barah payudara tahap empat pasti akan dirasai oleh warga kementerian.

"Saya mula dimaklumkan tentang tahap kesihatan Adda pada Februari lepas. Allahyarhamah merupakan seorang yang ceria dan ramah.

"Pemergiannya pasti akan dirasai oleh warga kementerian.

"Takziah buat seluruh ahli keluarga Adda. Al-Fatihah," kata Fahmi menerusi Facebook beliau.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA