fb fb fb fb fb

Fahmi jemput orang ramai meriahkan Rumah Terbuka Lembah Pantai, Ahad ini

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 19 April- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjemput orang ramai untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai 2024 pada Ahad ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkongsi jemputan itu menerusi Facebook dan Twitter beliau hari ini.

"Saya berbesar hati menjemput semua ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai 2024. Semua dijemput hadir!," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk memeriahkan majlis bermula pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam di IWK Eco Park @ Pantai Dalam.

Fahmi turut berkongsi alamat rumah terbuka berkenaan menerusi Google Map melalui pautan, https://goo.gl/maps/3aiyhxzyeiLQxAu29.

SITI AISHAH MD ISA