PENAMPANG, 16 September- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menghadiri permukiman Komuniti MADANI Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, bertujuan untuk bertemu hampir 1,000 ahli Komuniti MADANI dari seluruh Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) , Penampang.
Fahmi turut meluangkan masa kira-kira satu jam dalam sesi soal jawab bersama-sama ahli komuniti, selain menyampaikan watikah penubuhan Komuniti MADANI Wilayah Persekutuan Labuan.
Permukiman itu menghimpunkan empat wakil Komuniti MADANI bagi mempertingkatkan serta memperkukuhkan fungsi dan peranan Komuniti MADANI sebagai agen komunikasi kerajaan.
Ia juga bertujuan memperkasa peranan Komuniti MADANI dalam menggerakkan program dan aktiviti yang melibatkan masyarakat, serta memperkukuhkan Komuniti MADANI melalui penglibatan dalam program-program anjuran agensi kerajaan.
Ketika ini, terdapat 219 Komuniti MADANI di seluruh Sabah dan enam lagi di Wilayah Persekutuan Labuan.