fb fb fb fb fb

Fahami konsep beragama, elak terjebak ekstremisme agama

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Konsep beragama perlu difahami dan diamalkan dengan pengertian yang sebenar bagi mengelakkan salah faham dan terjebak dalam ekstremisme agama.

Antara yang perlu dielakkan ialah sikap pentingkan diri dan tidak mengamalkan kesederhanaan seperti yang diunjur akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mudir Akademi Pemikiran Turath Penggerak Du'at Falah Malaysia, Ustaz Ahmad Faiz Fateh Al-Azhari berkata memahami gagasan Madani perlu ditekankan dalam membimbing kefahaman masyarakat tentang teras pembinaan Malaysia Madani.

(Ustaz Ahmad Faiz Fateh Al-Azhari)

Katanya, dengan kefahaman yang jelas dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan kesederhanaan dan berpegang dengan asas akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Maknanya kita tahu, pengetahuan kita itu menepati realiti dan kemudian daripada dalil, bukti-bukti, sumber-sumber yang sahih. Maka dengan kefahaman yang betul, ilmu yang betul, kita tahu konsep sebenar.

"Selepas konsep yakin, datang konsep ihsan. Ihsan yang di maksudkan ialah kasih sayang, kita raikan kesemua manusia, kita tidak diskriminasi mana-mana bukan agama kita ataupun bukan kaum kita, raikan semua kaum kerana semua makhluk Allah SWT," katanya.

Tambah Ahmad Faiz, sikap saling menghormati danĀ meraikan kepelbagaian mampu menjadi benteng kepada masyarakat dalam menentangĀ ekstremis agama.

Media Baharu