fb fb fb fb fb

Fadillah bertemu Premier Sarawak esok, bincang strategi atasi banjir

FOTO Facebook Fadillah Yusof

KUCHING, 17 Mac-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg esok bagi membincangkan strategi mengatasi banjir di negeri itu.

Beliau berkata ia penting bagi mewujudkan pelan tindakan bersama antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Perbincangan itu juga katanya akan meliputi pelan bersama dalam mendepani cuaca panas yang diramal bermula bulan ini.

Perjumpaan itu akan berlangsung di Wisma Bapa Malaysia pagi esok.

Datuk Seri Fadillah bercakap kepada media selepas Majlis Pengagihan Nasi Briani bersama Nexgen Petrajaya, Rewang Kampung Lit, di Surau Darul Ibadah, Kampung Simpang Tiga, Kuching petang tadi.

Dalam majlis ringkas itu beliau telah mengagihkan sejumlah 290 nasi briani kepada orang ramai termasuk media.

ROSLINA BINTI DIN