fb fb fb fb fb

EWF: KPT garis lima fokus dalam penghasilan impak sektor pendidikan

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggariskan beberapa fokus untuk menghasilkan impak bukan sahaja kepada warga pendidikan malah kepada masyarakat dan negara.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, lima strategi diberi perhatian iaitu bakat berkualiti tinggi, penyelidikan dan inovasi yang berkesan, pemindahan ilmu kepada masyarakat, pengantarabangsaan globalisasi, serta urus tadbir infrastruktur berkualiti.

"Malaysia komited sebagai antara negara yang memberi penekanan penting dalam isu pendidikan dan antara buktinya ialah melalui peruntukan belanjawan untuk sektor pendidikan sebanyak 19 peratus daripada keseluruhan bajet negara pada tahun 2024."

"Pada masa sama, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kemudahan dan fasiliti pendidikan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi," kata Dr. Zambry dalam ucapannya pada sesi sidang pleno The Education World Forum (EWF) di London, United Kingdom.

Ujarnya, sepanjang sesi EWF berlangsung, Malaysia dianggap antara negara yang terkehadapan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan sama ada di peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM