Evakuasi Asia Barat cerminkan kesiapsiagaan tertinggi Wisma Putra

Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang terkandas di zon konflik Asia Barat selamat tiba di KLIA Terminal 1, hari ini/(Foto kecil: Dr Mohammad Tawfik Yaakub)/ RTM

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Tindakan pantas kerajaan menggerakkan proses evakuasi rakyat Malaysia di zon konflik Asia Barat mencerminkan kesiapsiagaan tertinggi Kementerian Luar Negeri menerusi Wisma Putra dalam memastikan keselamatan warganegara sentiasa terpelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wisma Putra menyelaras pemindahan rakyat Malaysia dari kawasan berisiko susulan ketegangan semakin memuncak.
  • Langkah proaktif kerajaan bukan sahaja menyelamatkan nyawa malah menunjukkan kesiapsiagaan mengurus kecemasan rakyat di luar negara.
  • Kerjasama rakyat Malaysia yang mematuhi arahan evakuasi menonjolkan sikap disiplin dan sokongan terhadap tindakan kerajaan.
  • Evakuasi melibatkan warga dari Iran, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Syria, Jordan dan Qatar; kumpulan pertama pelajar, pengembara, jemaah umrah tiba.

Langkah proaktif itu diambil susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau berkenaan, dengan Wisma Putra menyelaras proses pemindahan bagi membawa rakyat Malaysia keluar dari kawasan berisiko.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata tindakan tersebut bukan sahaja menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, malah memperlihatkan tahap kesiapsiagaan kerajaan dalam mengurus situasi kecemasan melibatkan rakyat di luar negara.

“(Selain itu) kerjasama baik rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan evakuasi ini menonjolkan sikap disiplin terhadap setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Operasi evakuasi di zon konflik di Asia Barat melibatkan rakyat Malaysia dari Iran, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Syria, Jordan dan Qatar — dengan kumpulan pertama terdiri daripada pelajar, pengembara serta jemaah umrah tiba di tanah air hari ini.