fb fb fb fb fb

EURIE 2025: Platform UUM perluas jalinan strategik antarabangsa

EURIE 2025 himpun lebih 2,000 delegasi dari seluruh dunia jadi platform terbaik luaskan jaringan strategik antarabangsa / Foto UUM

ISTANBUL, 12 April – Kerjasama strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Aydin University dari Turkiye buka ruang luas kepada inisiatif akademik, penyelidikan dan mobiliti pelajar serta pensyarah kedua-dua universiti.

Timbalan Naib Canbselor (Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, beliau dan Presiden Istanbul Aydin University, Prof. Dr. Mustafa Aydin memeterai Surat Hasrat (LoI) di pentas Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Eurasia atau Eurasia Higher Education Summit (EURIE) 2005.

Majlis menandantangani LoI itu disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Istanbul.

“Kerjasama ini selari dengan aspirasi UUM untuk menjadi sebuah universiti pengurusan terulung yang berdaya saing di peringkat global dan menyokong agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi Malaysia.

“Ini juga satu detik penting dalam membina jaringan akademik antara Malaysia dan Turkiye khususnya dalam bidang pengurusan, sains sosial dan pembangunan dasar awam,” jelas Prof. Dr. Mohd Azizuddin.

Katanya lagi, kerjasama sini bukan sahaja memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan tetapi turut menyemarakkan pertukaran budaya dan pemahaman antara dua negara.

“Malaysia dan Turkiye mempunyai sejarah dan potensi strategik tersendiri. Melalui LoI ini, kami akan merangka program-program bersama seperti persidangan, mobiliti pelajar dan pensyarah serta penyelidikan berimpak tinggi,” menurut beliau lagi.

Prof. Dr. Mohd Azizuddin menjelaskan, penganjuran EURIE tahun ini menghimpunkan lebih 2,000 delegasi dari seluruh dunia.

Ia dilihat sebagai platform terbaik kepada UUM untuk meningkatkan lagi jalinan strategik antarabangsa selaras dengan misi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melonjakkan Malaysia sebagai hab pendidikan utama di peringkat antarabangsa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD