ZHUZHOU, 8 Jun- Tren Elektrik baharu ETS3 yang bakal beroperasi dijangka menjadi transformasi kepada sistem pengangkutan negara.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pengoperasian ETS3 itu mampu mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Ia juga dapat menambah baik kebolehpercayaan dan keselamatan pengangkutan secara signifikan.
"Tren ETS3 baharu itu berkapasiti 312 tempat duduk dengan 36 kelas perniagaan dan 276 tempat duduk standard.
"Ini adalah perubahan untuk jutaan penumpang kerana masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru akan dikurangkan dengan banyak.
"Kebolehpercayaan dan keselamatan pengangkutan juga akan bertambah baik dengan ketara," katanya ketika berucap pada Majlis penyampaian kereta api ETS3 di sini.
Jelasnya, projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru itu merangkumi landasan sepanjang 192 kilometer dengan 11 buah hentian.
Landasan tersebut melalui empat daerah utama di Johor, termasuk Segamat, Kluang, Kulai, dan Johor Bahru, dengan stesen terakhir di JB Sentral.
Artikel Berkaitan:
MOT terima set pertama ETS3, perkhidmatan dari KL Sentral - JB