fb fb fb fb fb

Erdogan tamat lawatan rasmi dua hari di Malaysia

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan melambaikan tangan selepas menamatkan lawatan rasminya ke Malaysia hari ini/BERNAMA

SEPANG, 11 Februari- Presiden Republik Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersama isteri berangkat pulang dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) hari ini, selepas menamatkan dua hari lawatan rasmi di Malaysia.

Recep Tayyip Erdogan bersama isteri dan delegasinya berlepas ke Jakarta menaiki pesawat khas Turkiye B748-TRK 1 pada pukul 5.20 petang tadi.

Turut mengiringi kepulangan beliau, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selaras itu, kunjungan Presiden Republik Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kali ini menyasarkan komitmen bersama antara kedua-dua negara dalam mengembangkan hubungan ekonomi negara sekali gus memperkukuh hubungan dengan negara-negara Asia.

Terdahulu, Recep Tayyip Erdogan menghadiri majlis makan tengahari yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana.

Setelah selesai, Presiden Republik Turkiye itu menghadiri ke Forum Perniagaan Malaysia di Putrajaya (PICC) bagi mengeratkan kerjasama erat Malaysia dan Turkiye dalam isu-isu antarabangsa terutamanya berkaitan Palestin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM