fb fb fb fb fb

Endometriosis punca ketidaksuburan dalam kalangan wanita

Surita Mogan

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Sakit Pelvis berterusan bukan sesuatu perkara biasa, sekiranya lewat mendapatkan rawatan ia berkemungkinan mengakibatkan kesan yang serius kata Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Profesor Dr Mukhri Hamdan.

Gejala biasa termasuk sakit pelvis berterusan, sakit haid, sakit semasa atau selepas aktiviti seksual, dan kesuburan perlu diberi perhatian bagi mengelakkan endometriosis.

"Sakit pelvis harus dibincangkan secara terbuka dan tidak sepatutnya dilihat sebagai satu tabu untuk bercakap mengenai perkara ini.

"Penormalan sakit haid dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan diagnosis ini agak lambat dan pesakit ini harus diuruskan oleh pakar endometriosis yang sesuai yang mengambil kira semua aspek kerana ini adalah penyakit sistemik," katanya selepas menandatangani maklumat mengenai endometriosis telah diadakan di The Plaza PPUM.

Sekiranya tidak mendapat rawatan yang sesuai endometriosis boleh mengakibatkan ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

Bagi Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di PPUM Profesor Madya Dr Nuguelis, ramai pesakit telah dirawat bagi mengelakkan keadaan bertukar ke peringkat lebih teruk.

Sementara itu Pengasas dan Presiden MyEndosis Surita Mogan yang turut menghidap penyakit sama berkata, masyarakat kurang pemahaman berkenaan penyakit itu.

"Kurangnya pemahaman tentang keadaan dan stigma masyarakat yang berkaitan dengannya adalah sebab utama orang menangguhkan rawatan.

"Dengan objektif ini, MyEndosis telah diasaskan pada 2014 untuk menangani kekurangan kesedaran dan menawarkan bantuan kepada wanita yang terjejas oleh endometriosis," katanya.

Usaha sama antara MyEndosis bersama-sama PPUM merupakan langkah untuk menyedarkan masyarakat berkenaan penyakit itu.

Bagaimanapun masyarakat perlu cakna dalam memahami penyakit itu bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup secara keseluruhan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI