PULAU PINANG, 25 Februari- Beberapa saluran radio bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengalami gangguan siaran sementara bermula 3 Mac hingga 21 Mac ini berikutan kerja menaik taraf Pemancar Bukit Penara di sini.
Menurut kenyataan RTM, gangguan siaran itu melibatkan enam saluran dengan frekuensi berikut:
- Nasionalfm – 93.9 MHz
- Klasikfm – 101.7 MHz
- Mutiarafm – 95.7 MHz
- Traxxfm – 88.5 MHz
- Aifm – 92.1 MHz
- Minnalfm – 98.9 MHz
Sehubungan itu, RTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pendengar sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan berlangsung.
Usaha menaik taraf pemancar itu dilakukan bagi memastikan mutu siaran lebih baik pada masa hadapan.
Sebagai alternatif, pendengar boleh menikmati siaran menerusi platform digital RTM Klik di pautan rtmklik.rtm.gov.my.