fb fb fb fb fb

Enam penggiat seni kraf terima geran RM60,000

Enam penggiat seni kraf menerima geran berjumlah RM60,000.

PETALING JAYA, 9 Jun- Enam penggiat seni kraf menerima geran berjumlah RM60,000.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata geran bernilai RM10,000 setiap orang itu merupakan komitmen kerajaan negeri untuk menyokong bakat tempatan khususnya generasi muda.

Sekali gus, mempromosi keunikan hasil kraf tempatan dan menjadikan Selangor sebagai hab industri kreatif.

"Penyertaan anak muda ini satu platform kepada mereka.. selain mereka tahu hasrat kerajaan, mereka juga boleh 'participate' dan lontarkan idea dengan kreatif menerusi karya mereka.

"Ada kaitan seni dan budaya seni dan kita campurkan dengan 'tourism' supaya produk mereka dizahirkan sebagai produk yang kita akan paparkan, kita jual melalui medium dan saluran yang boleh kita ketengahkan," katanya pada sidang media selepas perasmian Festival Tukang: Reka Lestari di sini.

Jelasnya, keunikan hasil seni tempatan berupaya menjadi medium penting dalam memacu industri pelancongan Selangor.

Lebih 8,000 pengunjung hadir memeriahkan Festival Tukang: Reka Lestari anjuran Tourism Selangor, yang diadakan bermula Rabu lalu dan berakhir pada hari ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM