fb fb fb fb fb

Enam pelajar selamat, van jatuh cerun dan terbalik

FOTO RTM

BAU, 6 November - Enam pelajar yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Lake, Bau terselamat selepas van yang dinaiki mereka dalam perjalanan ke sekolah, terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Kampung Pangkalan Tebang, Bau, pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, van tersebut terjatuh ke cerun di tepi jalan dan terbalik.

Selain pelajar tersebut, pemandu lelaki berusia 52 tahun juga terselamat dalam kejadian itu.

PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.51 minit pagi dan menghantar tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau ke lokasi kejadian.

Tiada operasi penyelamatan dijalankan kerana kesemua pelajar dan pemandu berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam.

Mereka juga dibawa ke Hospital Bau dan Klinik Kesihatan Krokong Bau oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Trainee